Berita UtamaPendapatTarbiyah

Sengsara dua kali!

Jangan pilih jalan sehingga membelakangkan syariat Allah

1. JANGAN kita menganggap kelemahan dan kemunduran umat Islam hari ini pasti akan bertukar dengan kebahagiaan di akhirat nanti apabila dengan sengaja kita tidak berusaha untuk memajukan dan mengeluarkan umat ini dari kelemahan dan kemunduran ini.

2. Bahkan maju atau mundurnya umat ini membayangkan apa yang bakal dihadapi di akhirat kelak lebih-lebih lagi apabila umat Islam sendiri memilih untuk membelakangkan syariat Allah sehingga mereka jauh dari rahmat Allah di dunia ini apatah lagi di akhirat kelak.

3. Firman Allah SWT :

وَمَن كَانَ فِي هَـٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا (٧٢

Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya. (QS al Isra’ 72)

4. Firman Allah SWT :

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (٩٧

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.(QS al Nahl :97)

Datuk Zamri Hashim
Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button