Berita Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan lebat di 5 negeri

Cuaca buruk di negeri terbabit dijangka berterusan hingga 3 Disember

BANGI, 14 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di lima negeri, termasuk Kelantan dan Terengganu.

Dalam satu kenyataan hari ini, jabatan itu berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka menjejaskan beberapa kawasan dan berterusan bermula 1 Disember hingga 3 Disember 2020.

Amaran itu membabitkan seluruh negeri Perlis dan 10 daerah di Kedah iaitu Langkawi; Kubang Pasu; Kota Setar; Pokok Sena; Padang Terap; Yan; Pendang; Kuala Muda; Sik dan Baling.

Turut terjejas daerah Hulu Perak di Perak.

Sementara di Kelantan, amaran itu membabitkan Tumpat; Pasir Mas; Kota Bharu; Jeli; Tanah Merah; Bachok; Machang; Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Bagi Terengganu pula, membabitkan daerah Besut; Setiu; Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button