Berita Utama

Lebih 90,000 gugur janin setiap tahun, jangan jadikan zina budaya

Jom sokong kempen ‘Hargai Diri, Jauhi Zina’ anjuran Wanita ISMA

BANGI, 14 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Setiap tahun, dianggarkan seramai 51,000 hingga 55,000 bayi tidak sah taraf dilahirkan di Malaysia dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bahkan, kira-kira 90,000 hingga 96,000 kes pengguguran janin dilakukan di negara ini setiap tahun, tidak termasuk 1,010 kes buang bayi dilaporkan sejak 2010 atau dianggarkan 100 kes setiap tahun.

Peningkatan kepada semua statistik itu adalah kesan apabila zina menjadi budaya dalam kalangan masyarakat, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Justeru, beliau menyokong usaha Wanita ISMA melalui kempen ‘Hargai Diri, Jauhi Zina’ yang turut dianjurkan bersama Zuriat Care dan Beliawanis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

“Saya menyokong kempen Hargai Diri, Jauhi Zina. Semoga Malaysia terhindar daripada bencana dan malapetaka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain pelbagai wacana yang dilakukan, kempen berkenaan turut menganjurkan program larian virtual, di mana penyertaannya terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 13 tahun ke atas.

Pendaftaran bagi program anjuran Wanita ISMA Kuantan itu telah dibuka bermula 28 November lalu sehingga 8 Disember ini.

Ia membabitkan dua kategori iaitu remaja berusia 13 tahun hingga 17 tahun dan dewasa bermula 18 tahun ke atas.

Maklumat lanjut mengenai program berkenan boleh melayari http://bit.ly/VR2020termasyarat atau menghubungi Puan Syafinaz di 014-5269230 atau Cik Hajar 014-6062202.

Orang ramai yang ingin mengetahui lanjut mengenai aktiviti dan program berkaitan kempen boleh melayari Facebook Wanita ISMA.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button