Berita UtamaPendapat

Undian Belanjawan 2021: Rencana Allah SWT atasi rancangan manusia

Tidak usah berdolak-dalih, Allah tak restui rancangan busuk ultra kiasu

TIDAK usahlah berdolak-dalih lagI.

Allah tidak merestui rancangan busuk ultra kiasu

Buatlah kerja yang lebih berfaedah untuk rakyat dahulu. Ini tidak, asyik bercakap mengenai niat menjatuhkan kerajaan.

Bila rencana Pakatan Harapan (PH) gagal untuk menolak Belanjawan 2021, banyak alasan yang mereka berikan, walhal itulah kesempatan keemasan untuk menolak Perdana Menteri dan Perikatan Nasional.

Tetapi gagal, hanya 13 orang yang mahu mati berdiri. Yang berdiri, majoritinya adalah Melayu (Islam).

Itu yang saya kata, Melayu yang merosakkan dan menjatuhkan sesama Melayu, bukan orang lain. Orang lain ambil kesempatan.

Melayu memilih untuk mati berdiri daripada mati ketika duduk. Namun, mereka tidak memilih mati ketika berbaring meskipun cara berkenaan yang harus dipilih kerana telah menjadi kebiasaan.

Biarkanlah, kita lihat sahaja siapa yang bakal mati berdiri atau duduk apabila tiba masanya.

Kita mahu lihat selepas ini bagaimana imam mahu membaringkan mereka ketika dikapankan dan ketika mereka dikebumi secara berdiri dan duduk.

Inilah nasib Melayu di bumi Melayu bercakaran sesame sendiri dan tidak pernah berkesudahan.
Saya tidak fikir ultra kiasu tidak mengatur strategi untuk menolak Belanjawan 2021. Semuanya telah diatur, tetapi ia tidak berlaku seperti yang dirancangkan. Kenapa?

Rencana Allah mengatasi rencana manusia. Allah tidak benarkan itu berlaku. Mesti ada hikmah di sebaliknya.

Macam-macam alasan diberikan, setelah undi belah bahagi itu gagal.

Sejurus setelah gagal, ultra kiasu 1 kata, belanjawan itu bukan segalanya, ada lagi perbahasan di peringkat jawatan kuasa yang membolehkan ia ditolak.

Ultra kiasu 2 kata, bila menyedari perancangan menolak belanjawan telah gagal, cepat-cepat mereka meminta maaf, dengan alasan menerima perkhabaran saat-saat akhir agar tidak berdiri.

Ultra kiasu 3 kata, duduk tidak bersalah, berdiri tidak mengalah.

Ultra kiasu 4 kata, sabar, usaha kembalikan mandat rakyat masih berjalan

Ultra kiasu 5 kata, pertahankan kerjasama pada saat akhir. Apabila sudah bergabung, sukar sekali untuk berpisah.

Ultra kiasu 6 kata, tidak tolak belanjawan, itu satu kesilapan

Ultra kiasu 7 kata, arahan pemimpin pada saat-saat akhir sangat mengecewakan

Lebih pelik kenyataan ultra kiasu 1 pada semalam, bahawa pembangkang telah menang disebabkan semua cadangan pembangkang telah diambil kira oleh kerajaan ketika membahaskan belanjawan.

Sebelum ini kata, ada platform lain, peringkat jawatankuasa untuk tolak. Pelikkan?

Apapun, kenyataan paling ‘win’ adalah dari pemuda ultra kiasu DAP, mahukan ketua ultra kiasu meletak jawatan, meminta maaf kepada rakyat dan mendesak mahu berpisah dengan PKR.

Seterusnya, membawa kepada respon kepada ketua AMK PKR, mengingatkan pemuda ultra kiasu DAP supaya jangan lupa daratan.

Melihat kepada semua alasan ini, apa yang dapat saya simpulkan adalah memang dari awal lagi mereka mahu menolak belanjawan tersebut, tetapi ketika saat ditunggu-tunggu tiba, semua tidak menjadi. Ini semua kuasa Allah. Allah yang membolak-balikkan hati manusia.

Sedar atau tidak, seperti amalan sebelum ini, pembangkang sentiasa menyediakan belanjawan alternatif, bagi tujuan melawan belanjawan kerajaan. Tapi kali ini tidak berlaku.

Justeru, tidak mustahil, ultra kiasu terpaksa menerima belanjawan sedia ada dengan penambahbaikan kerana mereka memang tidak ada belanjawan alternatif seperti sebelumnya.

Sudah tentu amat memalukan jika mereka berjaya untuk menolak belanjawan tersebut, ultra kiasu berjaya menjatuhkan PN, mereka mahu menggunakan belanjawan yang sama, sedangkan belanjawan mereka memang tidak wujud.

Sesungguhnya, Allah Maha Perancang

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button