Berita UtamaDunia

Pemimpin Hamas di Gaza positif COVID-19

Gaza catat 21,000 kes, 111 kematian

GAZA, 15 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza, Yehya Al-Sinwar disahkan positif COVID-19, kata jurucakap kumpulan yang mengendalikan wilayah Palestin itu hari ini.

“Ujian coronavirus khas dilakukan terhadap Sinwar, Ketua Hamas di Gaza setelah gejala muncul dan ia kembali positif.

“… Kami menegaskan bahawa Sinwar sihat. Beliau bekerja seperti biasa mengikut protokol keselamatan dan kuarantin perubatan,” kata pejabat Sinwar dalam satu kenyataan.

Sinwar adalah bekas ketua keselamatan Hamas, menjadi pemimpin gerakan Gaza pada tahun 2017 – enam tahun selepas beliau dibebaskan dalam pertukaran tahanan dengan Israel setelah lebih dari 20 tahun penjara.

Gaza mencatatkan hampir 21,000 kes COVID-19 dan 111 kematian – kebanyakannya sejak bulan Ogos – di tengah-tengah kebimbangan wabak yang lebih luas di kawasan perkampungan yang padat penduduknya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button