Dunia

Situasi COVID-19 di Jakarta membimbangkan, gabenor turut djangkiti

1,099 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam

JAKARTA, 15 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Gabenor Jakarta dan timbalannya turut dijangkiti COVID-19 ketika provinsi itu terus mencatatkan peningkatan kes positif yang semakin membimbangkan.

Anies Baswedan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ujian calitan yang dilakukannya semalam menunjukkan beliau positif, selepas dua hari timbalannya, Ahmad Riza Patria disahkan dijangkiti virus itu.

“Setelah berkonsultasi dan sesuai dengan arahan doktor, saya akan menjalani isolasi mandiri dan mengikuti prosedur perubatan yang ditetapkan pasukan perubatan,” katanya.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia semalam, Jakarta menjadi provinsi yang mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu dengan 136,861 kes.

Sebanyak 1,099 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam, manakala jumlah kematian keseluruhan di provinsi itu kini 2,660 kes.

Semalam, Indonesia mencatatkan 4,617 kes positif baharu menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini berjumlah 538,883 kes.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button