Berita Utama

SPRM cari 2 lagi individu kes cap palsu keluar, masuk negara

Wanita warga China, pemegang pasport antarabangsa E32395179

BANGI, 15 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Dua individu membabitkan seorang lelaki serta wanita dikesan bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, lelaki yang dikesan dikenali sebagai Chiong Ah Kaw @ Cheong Leong Kim, 75.

SPRM berkata, individu terbabit mempunyai alamat terakhir di No 22, Pangsapuri Seri Mesra, Jalan Bahagia 29, Taman Seri Bahagia, 56000 Kuala Lumpur.

“Manakala, wanita yang dikesan pula ialah Li Quin yang merupakan seorang warga China berusia Lingkungan 30-an dan pemegang pasport antarabangsa E32395179 serta pas lawatan sosial.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-5098947,” katanya.

Terdahulu, SPRM mendedahkan, lebih 30,000 warga asing bolos dan RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sepanjang tempoh empat tahun.

Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017.

Wang tunai RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas yang mana jumlah berkenaan tidak termasuk rumah, tanah, barangan kemas dan sebagainya yang turut dirampas.

Dilaporkan, secara purata, setiap tahun sejak empat tahun lalu, RM3.6 juta diagih sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button