Berita Utama

4 lagi suspek kes tembak PGA disambung reman

Dilanjutkan antara enam ke tujuh hari lagi, bermula hari ini

KANGAR, 16 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Perintah reman terhadap empat lelaki termasuk seorang rakyat Thailand yang dipercayai terlibat dalam insiden berbalas tembak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand minggu lepas, dilanjutkan antara enam dan tujuh hari lagi, bermula hari ini.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali di sini selepas membenarkan permohonan pihak polis, bagi membantu siasatan kes.

Suspek warga Thailand dan seorang rakyat tempatan berumur 27 dan 45 tahun disambung reman selama enam hari (hingga 8 Dis) manakala dua suspek lagi warga tempatan berumur 22 dan 45 tahun disambung reman selama tujuh hari (hingga 9 Dis).

Semalam polis menyambung reman selama tujuh hari hingga 7 Dis ini terhadap tiga suspek warga Thailand.

Dalam kejadian awal pagi 24 Nov lepas, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembak dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button