Berita UtamaDunia

Mahkamah tetapkan 7 Februari Imran Khan bebas atau sebaliknya

Diarah bayar bon sebanyak RM20,000 rupee Pakistan

ISLAMABAD, 11 Rejab 1444H, Khamis – Mahkamah Pakistan akan mengumumkan keputusan sama ada bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan akan didakwa atau dibebaskan berhubung kes depositori hadiah negara yang dipanggil Toshakhana pada 7 Februari ini.

Hakim, Zafar Iqbal menetapkan tarikh pendakwaan pada 7 Februari ini selepas mendengar hujah semalam.

Memetik laporan akhbar Express Tribune, Imran yang juga merupakan pemimpin Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) diarahkan membayar bon sebanyak 20,000 rupee Pakistan (RM317,922).

Oktober tahun lalu, Imran hilang kelayakan daripada kerusi Dewan Undangan Negerinya di bawah Perkara 63(1)(p) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) atas dakwaan berbohong kepada pegawai mengenai hadiah yang dia terima daripada orang kenamaan luar semasa berkhidmat sebagai perdana menteri Pakistan.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan membuat penafian, Imran akhirnya membuat pengakuan pada 8 September bahawa dia menjual sekurang-kurang empat daripada hadiah yang diterima semasa menjadi perdana menteri.

Toshakhana diletakkan di sebuah jabatan di bawah kawalan pentadbiran Bahagian Kabinet Pakistan yang ditubuhkan pada tahun 1974 dan berfungsi menyimpan hadiah berharga yang diberikan oleh pembesar asing dan ketua kerajaan dan negara lain kepada pemerintah, penggubal undang-undang, birokrat, dan pegawai negara.

Pegawai yang mengendalikan bahagian berkenaan wajib mengisytiharkan semua hadiah namun dibenarkan menyimpan sebahagian barangan yang di bawah nilai tertentu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button