Berita UtamaPendapat

Hubungan Malaysia-Indonesia jamin kedaulatan Asia Tenggara

Malaysia disaran perkuat kerjasama maritim dengan Indonesia

PELUANG keemasan bagi Malaysia untuk meningkatkan kemajuan ekonomi jika kerjasama dengan Indonesia dalam sektor itu dipertingkatkan lagi.

Hubungan sedia ada perlu dieratkan lagi melalui semua bidang.

Sejarah silam telah membuktikan bahawa gabungan kekuatan Malaysia dan Indonesia amat ditakuti penjajah Barat, terutamanya penjajah Inggeris dan Belanda sehingga mereka terpaksa mengadakan Perjanjian Inggeris-Belanda 1924.

Tujuan utamanya adalah bagi memecah-belahkan kekuatan kedua-dua negara ini yang mampu menggugat kepentingan mereka.

Unjuran ekonomi Indonesia adalah pada tangga ke-8 dunia pada 2016 dan ke-4 pada 2050.

Manakala, Malaysia adalah pada tangga ke-27 pada tahun 2016 dan ke-24 pada 2050.

Hal ini menyebabkan tidak mustahil bagi Malaysia melonjak ke tangga ke-15 atau ke-10 dunia dan ke atas jika kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara itu diperkuatkan lagi.

Kajian yang lebih berfokus perlu dilakukan dalam bidang-bidang yang ada kepentingan bersama.

Tidak dapat tidak kerjasama politik antara kerajaan perlu dipertingkatkan lagi sebagai pemangkin utama untuk bidang- bidang lain.

Hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia bukan sahaja membabitkan kepentingan ekonomi dan politik, malah bidang lain yang perlu turut digarap adalah keselamatan maritime Selat Melaka yang dimiliki bersama.

Kekuatan dan kerjasama maritim antara Malaysia dan Indonesia adalah faktor utama unutk menjamin keselamatan laluan Selat Melaka daripada sebarang ancaman dan penguasaan kuasa asing terhadap Selat Melaka.

Difahamkan, India dan Indonesia telah mengadakan perjanjian kerjasama pertahanan keselamatan Selat Melaka dan perairan sekitar.

Malaysia disarankan untuk tidak ketinggalan memperkuatkan lagi kerjasama maritim dengan Indonesia, dalam situasi yang semakin gawat merangkumi Selat Melaka dan Laut China Selatan.

Bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono sebelum ini ketika ditanya mengenai krisis hubungan antara rakyat Malaysia dan Indonesia berkata bahawa kedua-dua negara adalah berjiran dan duduk bersebelahan.

Beliau berkata, hubungan kedua-dua negara yang ada pasang dan surut bermakna saling rapat dan memerlukan.

 Ustaz Sharipudin Ab Kadir
 YDP ISMA Pasir Puteh

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button