Berita Utama

Jurutol Plaza Tol Ayer Panas positif COVID-19

Proses pengesanan kontak rapat sudah dijalankan

KUALA LUMPUR, 16 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Lorong pelbagai kelas di Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) ditutup secara berperingkat susulan seorang jurutol telah disahkan positif jangkitan COVID-19 semalam.

Pemegang konsesi Lebuhraya DUKE, Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jurutol itu sedang menerima rawatan di hospital dan pihak Lebuhraya DUKE juga sudah menjalankan proses pengesanan kontak rapat.

“Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dari arah pusat bandar Kuala Lumpur, Sentul dan Gombak yang ingin menuju ke arah Ampang, Setiawangsa dan Wangsa Maju dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch N Go dan e-dompet sentiasa mencukupi.

“Ini kerana lorong pelbagai kelas dan bangunan plaza tol akan ditutup sementara bagi kerja sanitasi dan pembersihan yang akan dilakukan pada 12 tengah malam, hari ini,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button