Berita Utama
Berita PKPD di beberapa negeri lanjut adalah palsu: MKN
Dakwa dilanjutkan bermula 6 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulakhir 1442H, Khamis β Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan telah mengeluarkan kenyataan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan di beberapa negeri seperti yang tular di media sosial hari ini.
Menurut MKN, berita yang tular di media sosial menyebut PKPD di Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang akan dilanjutkan bermula 6 Dis 2020 hingga 3 Jan 2021.
βIni adalah berita palsu. Jangan sebar berita yang mengelirukan. Tidak pasti, jangan kongsi,β menurut MKN dalam laman Facebook rasmi agensi itu. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.