Berita Utama

COVID-19: 1,075 kes baharu hari ini

Selain itu, turut dilaporkan 11 kes kematian baharu

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Kes positif COVID-19 hari ini kembali mencatatkan empat angka dengan 1,075 kes baharu selain 11 kematian direkodkan, iaitu angka kematian harian kedua tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik itu melanda negara awal tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif baharu dalam tempoh 24 jam lepas itu merangkumi 1,072 kes penularan dalam negara dan tiga kes import, menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 69,095 kes.

β€œKes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 10,802 kes,” katanya dalam kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata Lembah Klang melaporkan jumlah tertinggi iaitu 508 kes (47.3 peratus) dengan Selangor menyumbang 459 kes, manakala Sabah mencatat 310 kes (28.8 peratus), diikuti Johor sebanyak 78 kes (7.3 peratus).

Sementara itu, 11 kes kematian baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Malaysia kini 376 orang (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button