Berita Utama

JAWI benar majlis akad nikah di zon merah tapi bersyarat

Pemohon perlu jalani ujian saringan COVID-19 serta disahkan negatif

BANGI, 17 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan pemohon yang berada di zon merah meneruskan hasrat untuk berkahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, kebenaran itu masih tertakluk dengan syarat-syarat yang diperketatkan demi menjaga kepentingan bersama, kata Pengarah JAWI dalam satu kenyataan.

Dalam syarat itu, pemohon di zon merah yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.

“Perkahwinan hanya dibenarkan diadakan di JAWI Kuala Lumpur, Cawangan Putrajaya dan Cawangan Labuan sahaja.

“Rombongan pemohon dari zon merah terhad kepada keluarga terdekat sahaja,” katanya hari ini.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab kepada Pendaftar di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk memastikan semua pihak yang terlibat dalam majlis akad nikah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JAWI.

“Arahan ini berkuatkuasa pada 3 Disember 2020,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button