Berita UtamaDunia

Perancis mahu periksa 76 masjid

Macron sebelum ini pernah tuduh Islam agama yang dilanda krisis

PARIS, 17 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Kerajaan Perancis akan melakukan pemeriksaan terhadap 76 masjid di serata negara itu.

Ia adalah sebahagian daripada gerakan besar-besaran – yang belum pernah berlaku sebelum ini – kononnya bagi membanteras keganasan dikaitkan dengan agama.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin dalam ciapan di Twitter berkata, masjid yang diperiksa berkemungkinan akan ditutup sekiranya terdapat bukti terbabit dengan keganasan.

Arahan terbaharu itu muncul susulan beberapa siri serangan pengganas Islam radikal sejak kebelakangan ini ketika kerajaan dipimpin Presiden Perancis Emmanuel Macron.

Pihaknya memberi jaminan akan menghapuskan rangkaian pengganas di negara itu, yang disifatkannya sebagai musuh dalam selimut.

Macron sebelum ini, mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah, selain menuduh Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Bahkan, Macron turut menyatakan negara itu tidak akan melarang penggunaan karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhammad ﷺ.

Siri serangan di Perancis meningkat selepas penyiaran semula karikatur Nabi Muhammad ﷺ ketika perbicaraan kes serangan di pejabat akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo, bermula September lalu.

Seorang lelaki menyerang orang awam di luar bekas pejabat Charlie Hebdo, yang sebelum ini menerbitkan karikatur itu buat pertama kali pada 2015, mengakibatkan serangan di mana 12 mangsa terkorban.

Pada 14 Julai 2016, 86 orang terbunuh selepas seorang pemandu trak merempuh orang ramai ketika hari kebangsaan Perancis pada 14 Julai 2016.

November lalu, seorang guru, Samuel Paty telah dipenggal kepala di luar sekolahnya – di pinggir kota luar Paris awal bulan ini.

Kejadian berlaku selepas mendiang Paty menunjukkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad ﷺ ketika kelas berkaitan kebebasan bersuara. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button