Berita UtamaDuniaIstimewa

‘China kejam, setiap Jumaat Uyghur dipaksa makan daging babi’

Bekas tahanan mimpi ngeri saksikan deraan seksual, pensterilan paksa

STOCKHOLM, 18 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Sudah lebih dua tahun sejak Sayragul Sautbay dibebaskan dari kem pendidikan semula di wilayah Xinjiang, namun ibu kepada dua anak itu masih mengalami mimpi ngeri angkara ‘penghinaan dan keganasan’ yang ditanggungnya ketika ditahan.

Sautbay – seorang doktor perubatan dan pendidik – yang kini tinggal di Sweden, baru-baru ini menerbitkan sebuah buku yang mana beliau memperincikan penderitaannya, termasuk menyaksikan pemukulan, dakwaan penderaan seksual dan pensterilan paksa.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan Al Jazeera, beliau menjelaskan layanan yang lebih mendalam yang dialami Ughyur dan minoriti muslim lain, termasuk pengambilan daging babi – daging yang dilarang dalam Islam.

“Setiap hari Jumaat, kami dipaksa makan daging babi.

“Mereka sengaja memilih hari yang suci bagi umat Islam. Dan jika anda menolaknya, anda akan mendapat hukuman keras,” katanya.

Tambahnya, polisi itu dirancang untuk menimbulkan rasa serba salah dan malu pada tahanan muslim dan ‘sukar dijelaskan dengan perkataan’ emosi yang ada setiap kali memakan daging itu.

“Saya berasa seperti orang yang berbeza. Di sekeliling saya menjadi gelap. Sungguh sukar untuk diterima,” luahnya.

Testimoni dari Sautbay dan lain-lain memberikan petunjuk bagaimana China berusaha untuk menafikan Xinjiang dengan menyasarkan budaya dan kepercayaan yang kebanyakannya beragama Islam, melaksanakan pengawasan yang meluas – bermula sekitar 2017 – dan membuka rangkaian kem yang dikatakan wajar bagi membanteras ‘ekstremisme’.

Bagaimanapun dokumen yang ada untuk Al Jazeera paparkan bahawa pembangunan pertanian juga menjadi sebahagian dari apa yang dikatakan oleh antropologi Jerman dan sarjana Uyghur, Adrian Zenz, sebagai polisi ‘sekularisasi’

Zenz berkata, dokumen dan artikel berita yang disetujui negara menyokong perbincangan dalam masyarakat Uyghur bahawa ada usaha ‘aktif’ untuk mempromosikan dan mengembangkan penternakan babi di wilayah ini.

Satu artikel berita diterbitkan pada Mei lepas yang dicatat oleh Zenz menggambarkan sebuah ladang baharu di wilayah Kashgar selatan, yang bertujuan untuk mengeluarkan 40,000 ekor babi setiap tahun.

Projek ini dijangka menduduki kawasan seluas 25,000 meter persegi (82 kaki persegi) di sebuah taman industri di daerah Konaxahar di Kashgar, dinamakan semula Shufu, menurut laman web berbahasa Cina, Sina.

Perjanjian itu ditandatangani secara rasmi pada 23 April tahun ini, hari pertama Ramadan dan menyatakan bahawa penternakan babi bukan bertujuan untuk eksport, melainkan ‘untuk memastikan bekalan daging babi’ di Kashgar.

Sedangkan, warga Uyghur merangkumi 90 peratus populasi di bandar dan kawasan sekitarnya.

“Ini adalah sebahagian dari cubaan untuk sepenuhnya membasmi budaya dan agama penduduk di Xinjiang.

“Bahkan juga sebahagian dari strategi sekularisasi, menjadikan Ughyur sekular dan mengindoktrinasi mereka untuk mengikuti parti komunis dan menjadi agnostik atau ateis,” kata Zenz. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button