Berita Utama

Gelombang pertama banjir bermula

Jalan raya dinaiki air, cecah paras satu meter

KOTA BHARU, 18 Rabiualkhir 1442H, Jumaat – Sebanyak lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka setakat malam tadi di Kelantan membabitkan 120 mangsa banjir, selepas hujan turun berterusan di beberapa kawasan, isyarat awal bakal bermulanya gelombang pertama musim banjir di negeri itu.

Menurut aplikasi InfoBencanaJKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), lima PPS berkenaan melibatkan dua PPS di daerah Kota Bharu dan tiga PPS di Pasir Puteh.

Seramai 23 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Melor, manakala 43 mangsa daripada sembilan keluarga dipindahkan ke PPS SK Tiong bagi jajahan di Kota Bharu.

Sementara itu 54 mangsa banjir daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS di daerah Pasir Puteh iaitu di Dewan Kompleks Kamil (27 mangsa), SK Changgai (16 mangsa) dan SK Bukit Jawa (11 mangsa).

Tinjauan di Kampung Sri Kulim Melor, dekat sini, mendapati kampung berkenaan mula dinaiki air secara mendadak, rata-rata tempat parasnya mencecah hampir satu meter sehingga menyebabkan banyak jalan raya dinaiki air, menyukarkan pergerakan kenderaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button