IstimewaPendapat

Perak bergolak, adakah UMNO mahu menangguk di air keruh?

Apa jaminan DAP tidak ambil kesempatan rebut tampuk kuasa?

1. SELEPAS Belanjawan 2021 diluluskan dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, ramai yang menarik nafas lega dan mengharapkan para ahli politik dan pimpinan negara dapat memberikan fokus dan komitmen penuh dalam hal kebajikan rakyat terutama yang terkait pandemik COVID-19

2. Namun harapan itu ternyata meleset apabila hari ini Dewan Undangan Negeri Perak pula bergolak, menyaksikan Menteri Besar kehilangan sokongan majoriti ahli dewan

3. Jelas UMNO Perak menolak kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Faizal. Persoalannya kenapa sekarang?

4. Kenapa keretakan kerajaan negeri yang telah lama berlaku ini dipecahkan ketika negara sedang di ambang kritikal COVID-19? Adakah UMNO ingin menangguk di air keruh di atas kelemahan PBBM yang semakin ketara?

5. Walaupun UMNO mengeluarkan kenyataan masih mendukung Perikatan Nasional dan gelombang perubahan yang dibuat hanya untuk menggantikan Menteri Besar, adakah rakyat boleh mempercayainya?

6. Persoalan lebih besar ialah adakah dengan melantik MB di kalangan ADUN UMNO, kestabilan politik negeri Perak boleh terjamin?

7. Apa jaminan bahawa DAP tidak akan mengambil kesempatan dalam ketidaktentuan ini untuk kembali merebut tampuk kekuasaan?

8. Nampaknya lebih banyak persoalan dari jawapan yang berada di depan mata. Apa-apa pun marilah sama-sama kita berdoa polemik ini tidak akan membawa kepada Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan merumitkan keadaan dan merisikokan nyawa seluruh pengundi di negeri Perak yang bertaburan di seluruh negara

9. Kita harus belajar daripada PRN Sabah

10. Kalau ahli politik terus berdegil, rakyat pasti akan menjadi mangsa kerakusan politik yang tiada titik

Ir Lukman Al Hakim Muhammad
Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button