Berita Utama

UMNO mahu kerajaan PN Perak dikekalkan

Undi percaya hanya babitkan jawatan MB, tanpa ubah status kerajaan negeri

BANGI, 18 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – UMNO menetapkan pendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak mesti dikekalkan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, semua barisan exco kerajaan negeri juga mesti diteruskan.

Katanya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PAS turut harus bersama mendukung kerajaan PN di Perak.

“Undi percaya yang berlaku hari ini hanya melibatkan jawatan Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengubah status kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan DUN Perak hari ini.

Dalam undi sulit terhadap usul itu, Ahmad Faizal, yang juga ADUN Chenderiang, hanya menerima 10 undi menyokong manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi merangkumi 25 ADUN BN yang kesemuanya daripada UMNO, 16 daripada DAP, Bersatu (5), Amanah (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button