Berita Utama

Undi percaya DUN Perak: Ahmad Faizal gagal peroleh sokongan majoriti

MB hanya terima 10 undi menyokong

IPOH, 18 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ (undi percaya) yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Dalam undi sulit terhadap usul itu, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya menerima 10 undi menyokong beliau sebagai menteri besar, manakala 48 tidak menyokong dan satu berkecuali.

Usul tersebut dibawa oleh ADUN Pengkalan Baru daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Abd Manap Hashim.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN BN yang semuanya daripada UMNO, 16 daripada DAP, Bersatu (5), PAN (5), PKR (3), PAS (3), Gerakan dan Bebas masing-masing satu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button