Pendapat

Agenda di sebalik pertandingan ratu cantik luar tabi’i New Zealand

Umat sedang lalui detik kemusnahan dalaman, tidak siapa sedari

BAGILAH gelaran apa sekali pun, ‘pencapaian’ ini sebenarnya merupakan satu lagi kemenangan kepada agenda normalisasi hawa nafsu yang bersulam label elgibiti, hak asasi, kebebasan peribadi dan persamaan hak.

Untuk kumpulan seperti ini, kita memang patut bersifat judgemental, sebab tidak ada tafsiran yang paling tepat untuk mereka kecuali sebagai golongan yang dengan kesedaran dan keputusan sendiri, telah memilih untuk keluar dari fitrah asal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.

Semua agama yang bersumber dari wahyu telah menolaknya. Di antara semua agama di atas, hanya Islam satu-satunya yang masih mengekalkan larangan dan penolakan ini serta menggariskan langkah-langkah pencegahan dan juga penyelesaiannya.

Kos ‘rawatan’ yang menelan belanja puluhan atau ratusan ribu hanya untuk menikmati gelaran dan penghargaan palsu dari segelintir manusia yang sudah cacat indera akalnya tetap tidak akan menyamai walau setengah peratus pun dari kebanggaan menjadi wanita sejati, walau seburuk mana sekali pun wajahnya.

Lelaki seperti ini tidak akan mampu langsung menyelami hakikat seorang wanita, pola pemikiran, emosi, perasaan, sifat dan sikap serta seluruh rahsia penciptaan kaum Hawa.

Lebih menakjubkan, spesis luar tabi’i ini tidak akan merasai satu pengalaman dan perjalanan paling luar biasa di dalam kehidupan seorang wanita, iaitu menjadi seorang ibu yang mengandung dan melahirkan anak.

Proses kehamilan dan segala penderitaan yang ditanggung selama sembilan bulan, keperitan ketika melahirkan dan bonding penyusuan antara si ibu dan bayinya adalah satu anugerah yang eksklusif untuk wanita sahaja.

Perasaan dan pengalaman luar biasa tersebut tidak dapat dibeli dengan wang ringgit atau dicipta melalui uji kaji makmal atau dibentuk di dalam dewan bedah.

Pihak musuh tidak lagi perlu bersusah payah untuk menguasai sesebuah negara melalui peperangan apabila kemenangan tersebut boleh dicapai melalui penjajahan pemikiran ke atas rakyat dan penduduknya.

Kumpulan anak didik inilah yang akan menjadi frontliners pertama di dalam agenda normalisasi yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Gerakan Zio*is antarabangsa telah berjaya menundukkan satu demi satu negara Arab di dalam proses pengiktirafan terhadap entiti bernama Is*ail.

Kini giliran umat Islam pula yang sedang dijadikan sasaran utama. Gerakan antarabangsa Zio*is tersebut sudah tentu tidak akan melakukannya secara terus terang. Jarum halus mereka telah diubah suai dengan mempromosikan mantera Islam Rahmatan Lil Alamin. maqasid syari’ah, toleransi silang agama dan menguruskan perbezaan.

Semua ini dilakukan sama ada melalui platform NGO dan gerakan sivil mahupun melalui parti-parti politik.

Lebih mendukacitakan laungan-laungan ini mendapat sambutan pula dari kalangan segelintir umat Islam!

Pada waktu yang sama, umat turut dilalaikan dan dicandukan dengan isu-isu yang secara zahirnya kelihatan menepati ciri-ciri keIslaman (contohnya PU, Da’ie, Duta Rahmah dan sebagainya) tetapi hakikatnya turut menyumbang ke arah penyebaran agenda normalisasi yang dinyatakan terdahulu dari ini.

Umat dan bangsa sedang melalui detik-detik kemusnahan dari dalam, dan tidak ada siapa pun yang menyedarinya.

Sampai bila lagi kita hendak membiarkan belenggu kejahilan ini terus mencengkam dan menghancurkan kita?

Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)
Mohd Luttfi Abd Khalid

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button