Berita Utama

Banjir di Selatan Thailand korban 11 nyawa, 2 masih hilang

Hujan lebat sejak minggu lepas sebabkan 9 wilayah dilanda banjir

NAKHON SI THAMMARAT, 19 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Banjir buruk susulan hujan lebat di Nakhon Si Thammarat yang terletak di selatan Thailand telah mengorbankan 11 nyawa manakala dua lagi dilaporkan hilang.

Berikutan hujan lebat berterusan sejak minggu lepas, sembilan wilayah di selatan Thailand iaitu Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Trang, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Satun dan Yala telah dilanda banjir.

Nakhon Si Thammarat merupakan wilayah paling teruk terjejas.

Gabenor Nakhon Si Thammarat Kraisorn Wisitwong berkata kesemua 23 daerah telah dilanda banjir dan lebih 184,000 keluarga terjejas.

“Walaupun hujan sudah berhenti hari ini dan air banjir surut namun terdapat beberapa daerah masih ditenggelami air. Kemusnahan akibat banjir kali ini amat teruk,” katanya.

Sehingga hari ini, 11 dilaporkan maut termasuk seorang ibu muda berusia 27 tahun dan anak lelakinya berusia lima tahun selepas perahu yang dinaiki mereka terbalik akibat arus deras di Phra Phom.

“Usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan untuk mengesan dua mangsa yang masih hilang,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button