Berita Utama

Bidang teknikal janji masa depan cerah: PM

'Trend tunjuk bidang teknologi jadi profesion berpermintaan tinggi'

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Minat generasi baharu perlu dipupuk untuk menceburi bidang teknikal terutamanya kejuruteraan yang sering dikaitkan dengan istilah ‘dirty, difficult dan dangerous’ atau 3D (kotor, bahaya dan sukar) kerana kerjaya itu mempunyai pasaran kerja lebih cerah dengan memberi pulangan besar.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lulusan bidang teknikal dijangka menjadi rebutan dalam pasaran pekerjaan pada masa hadapan walaupun bidang itu secara langsung atau tidak langsung memberi persepsi negatif bagi pemilihan kerjaya dalam kalangan generasi muda.

“Trend masa depan menunjukkan bahawa bidang yang berkait dengan teknologi akan menjadi profesion berpermintaan tinggi.

“Penggunaan teknologi terkini pula akan mengubah imej 3D ini kepada imej berprestij kerana profesion teknikal menuntut kesarjanaan ilmu dan kepakaran yang mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2020 yang disiarkan secara rakaman video menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

HPTN disambut pada Sabtu pertama bulan Disember setiap tahun sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan tertinggi negara kepada warga profesion teknikal di Malaysia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button