Berita Utama

COVID-19: 1,123 kes baharu hari ini

4 kes kematian dilapor jadikan jumlah kumulatif 380

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1442H, Sabtu – Kes baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini kekal empat digit iaitu 1,123 kes menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 71,359 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, bilangan kes aktif kebolehjangkitan mencatat 10,775 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,143 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 60,204 kes.

Menurutnya dalam kenyataan, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula ialah 1,118 kes.

“Kawasan di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 490 kes (43.6 peratus). Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi, iaitu sebanyak 391 kes atau 34.8 peratus, diikuti oleh Kuala Lumpur dengan sebanyak 265 kes atau 23.6 peratus.

Beliau juga berkata terdapat empat kes kematian COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah 380 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button