Dunia

Lempar batu ke tentera Zionis, seorang remaja Palestin ditembak mati

Israel nafi guna peluru hidup surai puluhan penduduk lempar batu

RAMALLAH, 19 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Tentera Israel menembak mati seorang remaja Palestin semalam, ketika pertempuran melempar batu di Tebing Barat yang dijajah, menurut pegawai Palestin. 

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, remaja terbabit cedera parah selepas terkena tembakan di bahagian perut sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Ramallah. 

Sementara itu, jurucakap tentera Israel menafikan ada menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan puluhan rakyat Palestin yang melempar batu ke kenderaan rejim. 

“Laporan penggunaan senjata api ketika rusuhan itu tidak benar dan dakwaan mengenai bilangan perusuh yang cedera dan terkorban telah kami ketahui,” dakwa jurucakap rejim pengganas itu. 

Difahamkan, remaja Palestin itu terlibat dalam tunjuk perasaan mingguan terhadap tindakan perobohan Israel di kampung al-Mughayyir dekat Ramallah.

Peserta protes, Marzouq Abu Naeem berkata, serangan tembakan daripada rejim berlaku ketika penunjuk perasaan melemparkan batu ke arah tentera. 

Insiden dan kematian remaja itu mendapat perhatian Kementerian Luar Palestin yang menyifatkan tindakan rejim Zionis sebagai jenayah perang dan kemanusiaan. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button