Berita Utama

Pemimpin PH Perak menghadap Sultan Nazrin Shah

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming jadi pemimpin pertama tiba

IPOH, 19 Rabiulakhir 1442H, Sabtu – Tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak tiba di Istana Kinta di sini, bagi menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berikutan kemelut terkini politik negeri ini.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming menjadi pemimpin pertama tiba kira-kira 10.40 pagi, diikuti Pengerusi PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan seterusnya Pengerusi Amanah Datuk Asmuni Awi.

Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul keyakinan ahli dewan terhadap Menteri Besar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam undian yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

Usul itu dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) atas alasan untuk membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan padu daripada semua 59 ADUN sebagai seorang Menteri Besar.

DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button