Berita Utama

Kepala kanak-kanak pesakit COVID-19 tersangkut di celah besi katil

Anggota bomba guna alat menyelamat bagi memotong besi katil

KOTA BHARU, 20 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga pesakit COVID-19 tersangkut kepala di celah besi katil di wad Hospital Tumpat dekat sini malam tadi ketika bermain di katilnya.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Marzuki Awang berkata dalam kejadian pada 10.25 malam itu, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada hospital pada 10.27 malam.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk memotong besi katil dan berjaya menyelamatkan mangsa.

“Kepala kanak-kanak itu berjaya ‘dilepaskan’ dan mangsa selamat daripada sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Marzuki berkata, usaha menyelamat yang dilakukan lapan anggota bomba telah dipantau oleh pegawai perubatan dan jururawat hospital susulan keperluan mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung penularan COVID-19. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button