Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 meningkat, Turki masih perintah berkurung

Jumlah kematian meningkat ke paras tertinggi semalam

ANKARA, 20 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Turki memasuki perintah berkurung hujung minggu penuh pertama sejak Mei kerana kematian akibat coronavirus meningkat dua kali ganda.

Peningkatan ini dalam masa kurang dari tiga minggu hingga mencapai tahap tertinggi, dengan jangkitan harian kini antara jumlah tertinggi yang dicatatkan di seluruh dunia.

Jumlah kematian harian meningkat ke paras tertinggi 196 semalam, menjadikan jumlah sejak awal pandemik itu kepada 14,705.

Ahli politik pembangkang meragui sama ada angka kematian rasmi mencerminkan gambaran sebenar di negara mempunyai penduduk 83 juta.

Mereka mempersoalkan bagaimana jumlah di Istanbul hampir tinggi seperti yang dilaporkan untuk seluruh negara.

Semalam, Turki mencatatkan 31,896 kes baru, termasuk yang tidak simptomatik – turun dari 32,736 pada Jumaat lepas – jumlah harian tertinggi yang dilaporkan oleh Ankara sejak awal pandemik pada Mac lepas.

Selama empat bulan, Turki hanya melaporkan kes simptomatik setiap hari dan hanya melaporkan semua kes sejak 25 November.

Data sejarah untuk semua kes positif dan jumlah kumulatif masih belum tersedia.

Televisyen Turki menunjukkan dataran dan jalanan kosong pada Sabtu di bandar terbesar Istanbul – ibu kota Ankara – dan bandar ketiga terbesar Izmir, dengan hanya beberapa orang dan kenderaan keluar.

Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu dipetik oleh agensi berita Anadolu milik negara sebagai berkata kebanyakan penduduk mematuhi peraturan perintah berkurung. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button