Pemuda ISMA gerakkan 500 sukarelawan seluruh negara
Relawan Muda ISMA santuni masyarakat, golongan memerlukan

BANGI, 20 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa, sayap sukarelawan Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) – Relawan Muda ISMA – digerakkan di seluruh negara bagi menyantuni masyarakat yang memerlukan.
Dalam misi bantuan semalam, lebih 500 sukarelawan di seluruh negara turun padang menyantuni mangsa banjir, mereka yang terkesan ekonomi dengan serangan COVID-19 serta golongan asnaf.
Menerusi hantaran di Facebook, Pengarah Relawan Muda ISMA, Nor Aizat Rahimi mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terbabit menjayakan misi berkenaan.
“Terima kasih juga kepada mereka yang terlibat seperti Yayasan Maghfirah, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), RTM dan lain-lain yang bersama Relawan Muda ISMA pada hari ini (semalam).
“Semoga amal ini berterusan dan sedikit sebanyak mampu membantu negara secara amnya,” katanya.