Berita Utama

Penyerang JDT kemalangan, tiga maut termasuk bayi 22 hari

Kenderaan MPV dipandu Syafiq terbabas, langgar pembahagi jalan

NIBONG TEBAL, 20 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai dipandunya terbabas sendiri dan melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan ngeri itu mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertuanya, dan Titik Sukamti, 30-an.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syafiq Ahmad, 25, turut membawa isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, bersama anak perempuan sulung, Aaira Nur Saffiyya, 2, sebelum mereka terbabit kemalangan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dilaporkan selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

“Ketika tiba, didapati kenderaan MPV itu berada dalam keadaan remuk teruk dan terdapat tiga daripada enam mangsa yang tersepit.

“Anggota kemudian membuat kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button