Berita Utama

PKPB tamat, bantu jana semula ekonomi negara

Kebenaran rentas negeri, daerah perlu dimanfaatkan dengan bijak

KUALA LUMPUR, 20 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditamatkan secara berperingkat, antara usaha untuk menjana semula ekonomi negara, selepas lama terjejas akibat pandemik COVID-19.

Serentak itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berharap sektor pelancongan kembali pulih susulan penarikan semula perintah berkenaan.

Beliau berkata, kebenaran merentas negeri dan daerah perlu dimanfaatkan dengan bijak supaya sasaran serta objektif sebenar dapat dicapai.

“MEF harap, pembukaan aktiviti pelancongan boleh dimulakan secara berperingkat bagi membantu menaikkan semula sektor ini yang terjejas begitu teruk sekali.

“Namun, dalam memenuhi keasyikan melancong, jangan pula diabaikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Pada masa sama, beliau berkata, kewajaran untuk semua pekerja kembali bertugas di pejabat bukan lagi satu keperluan setakat ini, khususnya bagi sektor pengeluaran.

“Berkenaan tindakan memanggil semula pekerja ke pejabat, kami dapati masih belum ada penjelasan khusus mengenai perkara ini dan perlu ada penelitian terperinci mengenainya.

“Dengan andaian SOP lama masih terpakai, kita perlu memastikan tidak ada kluster baharu akan muncul apabila pekerja kembali semula ke pejabat, tambahan pula jumlah kes masih lagi tinggi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button