Tindakan kejam Israel sukarkan penyelesaian dengan Palestin
Zionis sentiasa provok perasaan jutaan umat Islam

MANAMA, 20 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Perjuangan mempertahankan Palestin sejak sekian lama menjadi konflik serantau – hanya disebabkan kekejaman negara penjajah Israel, kata Menteri Luar Negeri dan Ekspatriat Jordan, Ayman Safadi.
Beliau berkata, penyelesaian konflik Palestin-Israel antara jalan keluar bagi mencapai keamanan dan kestabilan yang mapan.
Dalam ucapan ketika Dialog Manama ke-16 anjuran Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IISS), Ayman berkata, Palestin pada 4 Jun 1967 menekankan bahawa Baitulmaqdis adalah ibu negaranya mengikut resolusi antarabangsa dan Inisiatif Arab akan mencapai perkara itu.
Beliau menekankan peri pentingnya pihak-pihak yang menghadapi konflik ke meja rundingan berdasarkan resolusi antarabangsa.
Katanya, tindakan negara haram Israel yang melakukan pelbagai kekejaman termasuk membina penempatan haram, merobohkan rumah dan merampas tanah penduduk Palestin telah menyukarkan penyelesaian antara dua pihak.
“Tiada yang lebih sensitif berbanding Baitulmaqdis dan kesuciannya.
“Mengganggu mereka adalah satu bentuk provokasi terhadap perasaan berjuta-juta umat Islam dan itu pasti akan menyebabkan tercetusnya konflik,” tegasnya. -Agensi