Berita Utama

TMJ ucap takziah kepada Syafiq Ahmad

Jangan sebar gambar-gambar atau video berkaitan kemalangan

JOHOR BAHRU, 20 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan salam takziah kepada penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Muhammad Syafiq Ahmad dan keluarganya, atas pemergian anak lelaki, ibu mertua dan pembantu rumahnya, selepas terlibat kemalangan di Pulau Pinang, awal pagi tadi.

“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” titah baginda dalam satu hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Pemilik Kelab JDT itu juga turut menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan kemalangan itu bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga.

Dalam kejadian pada pukul 5.36 pagi itu, bayi lelaki Syafiq berusia 22 hari, ibu mertuanya Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumahnya iaitu wanita warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an, maut dalam kemalangan itu manakala penyerang JDT berusia 25 tahun itu bersama anak perempuannya Aaira Nur Saffiyya, 2, cedera ringan.

Isterinya Nur Amalina Nur Ain, 25, pula dilaporkan cedera parah. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button