Berita Utama

26 ADUN tandatangan SD sokong Saarani jadi MB Perak

25 daripada UMNO, satu lagi dijangka daripada Bersatu

IPOH, 21 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Sebanyak 26 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon jawatan Menteri Besar Perak.

The Star melaporkan, seorang sumber daripada UMNO mengesahkan perkara itu ketika ditanya kesahihan bilangan pihak yang menyokong Ketua UMNO Perak tersebut.

Semua 25 ADUN UMNO telah menandatangani SD, dan dijangka seorang lagi ADUN yang turut menandatangani SD itu mungkin berasal daripada Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu).

Selain Saarani, antara nama lain yang dikaitkan dengan jawatan nombor satu kerajaan negeri Perak itu adalah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) dan Datuk Shahrul Zaman Yahya (BN-Rungkup).

Jumaat lalu, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu disahkan hilang sokongan majoriti selepas usul undi percaya yang dibuat ke atasnya tidak mendapat sokongan majoriti ADUN Perak.

Usul undi percaya yang dibawa oleh Datuk Abd Manaf Hashim (BN-Pengkalan Baharu) ke dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hanya mendapat 10 undi sokongan.

Manakala 48 undi lagi menolak sementara satu undi rosak menerusi undi belah bahagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button