Berita Utama

6 direman disyaki culik ahli perniagaan di Kedah

Penculik minta wang tebusan sebanyak RM2 juta

KUALA LUMPUR, 21 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Enam individu direman selama 10 hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes culik seorang ahli perniagaan dan isterinya di Jitra, Kedah pada 30 November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 24 hingga 58 tahun ditahan antara 1 hingga 4 Disember lepas.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa diculik di rumah mereka di Jitra dan dibawa ke sebuah lokasi lain di Kedah sebelum penculik meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta.

Katanya, pada 1 Disember lepas, kedua-dua mangsa dibebaskan selepas keluarga mereka membayar RM250,000 kepada penculik meskipun baki wang tebusan yang diminta tidak dapat dilunaskan.

Huzir berkata, keenam-enam suspek berjaya diberkas hasil operasi memburu mereka selama empat hari bermula 1 Dis lepas.

“Dalam penahanan mereka ini, polis juga merampas sejumlah wang tebusan dan barang kemas yang dibayar kepada penculik oleh keluarga mangsa,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button