Berita Utama

Fitnah jual tanah: Pengerusi DAP WP mohon maaf pada Annuar Musa

Kok Wai serah surat pengakuan tarik balik kenyataan fitnah

BANGI, 21 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai memohon maaf kepada Tan Sri Annuar Musa selepas mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan itu menjual 42 plot tanah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menerusi kenyataan di Twitter, Annuar memberitahu, Kok Wai yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan menemuinya di pejabatnya petang tadi.

“Saya menerima kunjungan mengejut Pengerusi Kebangsaan DAP, Yang Berhormat (YB) Tan Kok Wai (Ahli Parlimen Cheras) di pejabat saya.

“Beliau menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap saya pada 18 November lalu,” katanya.

Selain mengucapkan terima kasih, Annuar yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional itu memaklumkan akan merujuk perkara itu dengan peguamnya.

Terdahulu, Annuar menafikan pihaknya terbabit dalam penjualan tanah seperti didakwa Kok Wai dan dilaporkan sebuah portal berita.

Katanya, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button