Dunia

Kes COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 67 juta

Manakala angka kematian sebanyak 1,535,038 kes

MOSCOW, 21 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia kini sudah mencecah lebih 67 juta, menurut data terbaru Johns Hopkins University.

Pada Isnin terdapat 67,004,543 kes dengan angka kematian sebanyak 1,535,038 manakala jumlah individu yang pulih seramai 43,032,444, lapor agensi berita Sputnik.

Amerika Syarikat, India dan Brazil kekal tiga negara teratas daripada segi jumlah kes diikuti Rusia berada di tempat keempat dengan lebih 2.4 juta kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button