Berita UtamaDunia

Menteri Indonesia terbabit rasuah bantuan COVID-19

Juliari Batubara boleh dipenjara seumur hidup jika disabit kesalahan

JAKARTA, 21 Rabiulakhir 1442H, Isnin – Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia, Juliari P. Batubara menyerahkan diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK), semalam untuk menghadapi tuduhan mengambil rasuah yang berkaitan dengan pengedaran bantuan COVID-19 daripada pemerintah.

Juliari tiba di ibu pejabat KPK di ibu kota, Jakarta, beberapa jam setelah suruhanjaya antirasuah itu menyeru beliau untuk menyerah dalam sidang media tepat sebelum tengah malam Sabtu.

Juliari, yang juga anggota Parti Demokratik Perjuangan Indonesia yang berkuasa, bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen.

KPK berkata, Juliari dan dua pegawai lain disyaki mengambil rasuah berkaitan dengan perolehan barang bernilai 5.9 trilion rupiah (AS$420 juta) untuk diedarkan sebagai paket bantuan sosial COVID-19. Dua lagi suspek dalam kes tersebut adalah kakitangan swasta.

Ketua KPK, Firli Bahuri berkata, Juliari dituduh menerima sekurang-kurangnya 17 bilion rupiah (AS$1.2 juta) yang juga bersamaan dengan RM4.87 juta daripada dua syarikat pembekal. 

Mereka diminta untuk mengasingkan AS$0.7 untuk setiap bungkusan makanan asas yang diedarkan kepada orang miskin untuk kepentingan menteri.

“Bagi setiap bungkusan, Juliari akan menerima 10,000 rupiah (RM2.88),” kata pegawai.

Sebilangan suspek ditangkap dalam operasi di Jakarta pada hari Sabtu, di mana KPK menemui wang tunai, kata Firli.

Firli berkata, Juliari boleh menjalani hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah mencuri wang awam.

“Kami tidak akan berhenti di sini. Kami akan melihat dengan teliti bagaimana bantuan sosial pemerintah diperoleh dan disalurkan semasa pandemik COVID-19,” kata Firli.

Juliari adalah anggota Kabinet kedua yang ditangkap kerana rasuah dalam masa kurang daripada dua minggu. 

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Edhy Prabowo yang telah mengundurkan diri, juga ditangkap kerana disyaki mengambil rasuah berkaitan dengan eksport larva udang karang dan didakwa menggunakan wang itu untuk membeli-belah mewah di Amerika Syarikat.

Kes-kes tersebut mencemarkan kredibiliti Presiden Joko Widodo dalam memerangi rasuah. Dua menteri kabinet lain, termasuk Juliari, telah dijatuhkan hukuman penjara dalam kes rasuah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button