Dunia

27 Disember diisytihar Hari Kesiapsiagaan Wabak Antarabangsa

PBB tekankan kepentingan dan kerjasama cegah wabak COVID-19

WASHINGTON, 22 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan 27 Disember sebagai Hari Kesiapsiagaan Wabak Antarabangsa, susulan kes COVID-19 yang kini meragut lebih sejuta nyawa, sejak hampir setahun lalu. 

Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan hari itu bagi menekankan mengenai kepentingan pencegahan, kesediaan dan kerjasama menentang wabak, kata badan antarabangsa berkenaan dalam satu kenyataan. 

Sebelum ini, ratusan pemimpin dunia mengambil bahagian dalam sesi khas PBB secara dalam talian berhubung isu pandemik COVID-19.

Mereka menuntut tindakan segera dan jaminan pengedaran vaksin COVID-19 dibuat secara adil. 

Duta Besar PBB di Vietnam, Dang Dinh Quy menyifatkan COVID-19 bukanlah wabak pertama dan tidak juga yang terakhir. 

“Pandemik bukan hanya buat kita lebih berjaga-jaga, tetapi sebagai peringatan untuk kita meningkatkan kesiapsiagaan,” katanya dalam kenyataan itu. 

Sehingga kini, jumlah kematian akibat COVID-19 sudah mencecah 1.5 juta orang di seluruh negara, sejak virus itu dikesan pertama kali di Wuhan, China. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button