Dunia

67.6 juta kes global, 1.54 juta kematian

Wabak masih berada pada tahap kecemasan kesihatan awam

WASHINGTON, 22 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Jumlah kes wabak COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 67.6 juta jangkitan dengan 1.54 juta kes kematian.

Pada masa sama, lebih 530,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Statistik Universiti John Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat (AS) terus kekal negara paling teruk terjejas dengan merekodkan lebih 15 juta kes setakat ini.

Selain itu negara yang mencatatkan lebih sejuta kes COVID-19 pula ialah Russia (2,466,961), Perancis (2,349,059), Itali (1,742,557), United Kingdom (1,742,524), Sepanyol (1,702,328), Argentina (1,463,110), Colombia (1,371,103) dan Jerman (1,199,783), Mexico (1,175,850).

Sementara itu, Peru (973,912), Turki (860,432), Ukraine (843,898), Afrika Selatan (814,565), Belgium (591,756), Indonesia (581,550), Belanda (573,697), Iraq (566,015), Chile (562,142).

Manakala, Bangladesh (479,743), Filipina (441,399), Kanada (421,721), Pakistan (420,294), Maghribi (381,188), Arab Saudi (358,922), Switzerland (354,306) dan Portugal (325,071).

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengakui wabak masih berada pada tahap kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa (PHEIC).

Pandemik dianggap krisis kesihatan sekali dalam satu abad yang kesannya akan dirasakan selama beberapa dekad akan datang, -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button