Berita UtamaDunia

Lebih 300,000 pelarian Palestin kebuluran

Persatuan Bulan Sabit Merah yang mahu hantar bantuan jadi sasaran Israel

GAZA, 1 Syaaban 1445, Ahad – Pelbagai kemungkinan berlaku ke atas pelarian Palestin yang kini bergelut dengan kelaparan susulan perang Israel ke atas Gaza yang semakin dahsyat.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberitahu, kali terakhir pihaknya dibenarkan menghantar bekalan ke kawasan terkepung adalah lebih dua minggu lalu, pada 23 Januari lalu.

Agensi itu sekali gus memberi amaran ratusan ribu nyawa pelarian Palestin kini terancam diutara dan tengah Gaza akibat kekurangan makanan.

“Lebih 300,000 orang yang tinggal di kawasan itu bergantung kepada bantuan kami untuk kelangsungan hidup.

“Mereka kini kebuluran. Bayangkan tiada bantuan yang masuk,” katanya kesal dengan situasi mendesak ketika ini.

Jelasnya, Israel memusnahkan sistem makanan Gaza dan menggunakan makanan sebagai senjata terhadap pelarian Palestin.

“Di Gaza pula, kira 2.2 juta orang kelaparan. Terlalu ramai, padat. Mereka benar-benar kekurangan makanan,” katanya.

Terbaharu, Persatuan Bulan Sabit Merah berkata, pihaknya telah berunding terlebih dahulu dengan tentera pengganas Israel untuk misi bantuan ke Gaza, namun mereka menjadi sasaran.

Mereka dimusnahkan hanya beberapa meter dari kawasan kejadian, mengakibatkan dua orang paramedik terbunuh, Yousef Zeino dan Ahmad al-Madhoun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button