Dunia

Rejim Israel tak henti-henti roboh rumah, rampas khemah Palestin

Nafi hak bekalan elektrik, air cara 'halau' penduduk

RAMALLAH, 26 Zulhijjah 1443H, Selasa – Pasukan pendudukan haram Israel merobohkan sebuah rumah milik rakyat Palestin dalam komuniti Umm Qassa di Masafer Yatta, di Bukit Hebron Selatan semalam.

Perbuatan zalim pendudukan Israel itu menyebabkan 10 anggota isi rumah kini kehilangan tempat tinggal, menurut aktivis tempatan.

Katanya, pasukan tentera Israel menyerbu komuniti itu bersama jentolak dan merobohkan kediaman seorang penduduk sehingga memaksa mereka berpindah.

Malah, askar Israel turut bertindak mengalihkan dan merampas sebuah khemah kediaman milik seorang lagi penduduk di Khirbet al-Buweib, timur bandar Yatta.

Tentera Israel terus meningkatkan aktiviti perobohan kediaman dan struktur milik Palestin di bukit Hebron selatan.

Malah, rejim turut menafikan hak penduduk mendapatkan bekalan air serta elektrik sebagai taktik untuk memaksa mereka berpindah.

Sementara itu, pihak berkuasa tentera Israel menyerahkan notis kepada empat penduduk di bandar Nahalin, Bethlehem yang mengarahkan perobohan struktur pertanian mereka.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button