Dunia

Russia mulakan vaksinasi COVID-19 besar-besaran kepada rakyat

Profesion sosial, guru, doktor, anggota keselamatan diberi keutamaan

MOSCOW, 22 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Russia memulakan vaksinasi besar-besaran bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di seluruh negara. 

Rakyat Russia menerima imunisasi menerusi vaksin Sputnik V, yang dibangunkan oleh Gamaleya Institute of Epidemiology and Microbiology.

Pemberian vaksin itu diutamakan kepada golongan profesion sosial, termasuk guru, doktor, kakitangan pengangkutan awam dan anggota keselamatan. 

Bekalan vaksin sangat terhad buat masa ini berikutan pengeluarannya diselaraskan. Namun, pihak berkuasa berkata, semua rakyat di negara itu akan mendapat vaksin berkenaan secara percuma. 

Moscow adalah bandar pertama yang membuka tempat vaksinasi pada hari Sabtu. Tetapi vaksinasi besar-besaran di sebahagian wilayah bermula pada 7 Disember. 

Datuk Bandar Moscow, Sergey Sobyanin berkata, terdapat beberapa masalah sepanjang proses vaksinasi semalam, membabitkan logistik dan pendaftaran yang dibuat secara dalam talian.

“Kita perlu menjalankan keseluruhan proses ini dengan menyelesaikan masalah pendaftaran dan logistik secara dalam talian,” katanya. 

Setakat ini, jumlah kes harian COVID-19 di Russia melonjak hampir enam kali ganda – daripada lebih 5,000 pada bulan September – dengan jumlah kematian meningkat secara mendadak. 

Untuk mengekang penyebaran meluas, Presiden Russia, Vladimir Putin memerintahkan supaya pemberian vaksinasi COVID-19 besar-besaran dimulakan pada minggu lalu. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button