Dunia

COVID-19: 6,058 kes baharu di Indonesia

Jakarta rekod kes tertinggi diikuti Jawa Barat, Jawa Tengah

JAKARTA, 23 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Kes jangkitan COVID-19 di Indonesia meningkat sebanyak 6,058 dalam tempoh satu hari menjadikan keseluruhan kepada 592,900 kes. 

Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan, dalam tempoh 24 jam terkini, sebanyak 171 kematian direkodkan menjadikan keseluruhan korban mencecah 18,171. 

Kementerian berkata, 3,948 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kepada 487,445. 

Pandemik itu merebak ke 34 wilayah di seluruh Indonesia, dengan Jakarta terus merekodkan angka tertinggi iaitu 1,217 kes baharu. 

Jumlah itu diikuti Jawa Barat dengan 908 kes, Jawa Tengah (735 kes), Jawa Timur (718 kes) dan Kalimantan Timur (279 kes)  8iu. 

Setakat ini, tiada lagi kes positif baharu dilaporkan di wilayah Maluku Utara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button