Artikel Khas

Hari ini penentu kes ceroboh tanah haram Raub!

Ikhtiar kita pertahan kedaulatan undang-undang dan tanah

INILAH harinya, iaitu hari penentu bagi kes pencerobohan tanah di Raub oleh pekebun haram Durian Musang King yang mendakwa mereka tidak boleh dihalau selepas anggota penguatkuasa melaksanakan tugas mereka untuk menghalau mereka berdasarkan notis pengosongan tanah beberapa bulan yang lalu.

Namun, mereka mengasak kembali dengan mencabarnya melalui semakan kehakiman bagi mengetepikan notis pengosongan tanah terhadap mereka itu. Lebih-lebih lagi apabila berlakunya campurtangan dari ahli-ahli politik yang mahu membela mereka ini.

Kalah menang kes ini memberikan gambaran pada kes-kes pencerobohan tanah yang lain di seluruh negeri Pahang, malah di seluruh Malaysia sekali pun.

Ayuh kita hadir ke mahkamah sebagai sokongan moral dan psikologi kepada para peguam dan hakim dalam membuat keputusan dalam kes ini.

Mudah-mudahan ini sebagai ikhtiar kita sebagai rakyat Pahang dan sebagai tanda solidariti kita dalam agenda mempertahankan kedaulatan undang-undang dan tanah.

Haji Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA/Pengerusi PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button