Dunia

Tentera pengganas Israel makin agresif di Tebing Barat

Tangkap 15 lagi penduduk, geledah dan ceroboh rumah

RAMALLAH, 19 Syawal 1443H, Jumaat – Tentera pengganas Israel terus menindas rakyat Palestin di Tebing Barat dengan menahan 15 lagi penduduk dalam serbuan di pelbagai bahagian, semalam.

Menurut sumber tempatan dan keselamatan, tentera rejim Zionis menangkap empat rakyat Palestin dari bandar Beit Rima di barat laut Ramallah.

Ketika konfrontasi berlaku, tentera menggunakan peluru hidup, bom tangan dan gas pemedih mata ke arah remaja tempatan yang cuba menghalang laluan mereka.

Bagaimanapun tidak kecederaan dilaporkan.

Di Baitulmaqdis, sumber mengesahkan serbuan di kem pelarian Qalandiya, yang menyebabkan seorang lagi ditahan.

Askar bersenjata turut menyerbu ke bandar Biddu dan menangkap dua yang lain selepas menggeledah rumah keluarga mereka.

Di selatan Tebing Barat, beberapa kenderaan tentera menyerbu bandar al-Ubeidiya di mana askar Israel menahan dua yang lain termasuk seorang remaja berusia 16 tahun.

Mereka juga menceroboh dan menggeledah rumah di pekan al-Khader, selatan Tebing Barat yang membawa penahanan empat penduduk termasuk adik beradik kembar.

Di utara Tebing Barat, tentera lengkap bersenjata lengkap memasuki beberapa kawasan kejiranan bandar Nablus, termasuk Ein Beit al-Ma’ dan Rafidiya dan menangkap semula seorang bekas tahanan.

Di daerah Jenin, sekumpulan besar pasukan rejim menyerbu di-Tayba dan perkampungan Zububa, dan sengaja menggeledah, menyoal siasat serta mencetuskan kekacauan dengan penduduk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button