Berita Utama

Keputusan kes penceroboh tanah haram Raub ditangguh 23 Disember

Selesaikan pengurusan kes bersabit afidavit baharu yang dikemukakan pihak plaintif

KUANTAN, 23 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan keputusan permohonan pendengaran kes semakan kehakiman yang difailkan 111 pekebun haram durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka pada 23 Disember ini.

Penangguhan diputuskan oleh Hakim, Datuk Zainal Azman Ab Aziz bagi memberi laluan kepada kedua-dua pihak responden yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Noor Fadzila Ishak dan plaintif yang diwakili peguam, Siew Choon Jern dan Brendan Siva.

Keputusan itu bagi menyelesaikan pengurusan kes bersabit afidavit baharu yang dikemukakan pihak plaintif pada minggu lepas.

Sebelum ini, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak memaklumkan, kerajaan Pahang kerugian RM30 juta hasil cukai tanah dalam isu pencerobohan tanah untuk penanaman durian secara haram di Raub.

Beliau berkata, nilai kerugian itu berdasarkan kadar terendah pajakan dan cukai tanah untuk tempoh 10 tahun.

Dakwanya, durian yang dikeluarkan ladang haram jelas tidak memiliki pensijilan myGAP, melanggar peraturan dan menyalahi protokol pengeksportan sekali gus boleh menjejaskan industri durian negara selain memberi kesan kepada alam sekitar dan menjejaskan kelestarian alam khususnya hutan simpan serta sumber air.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button