Berita Utama

Sultan Nazrin perkenan Saarani sebagai MB Perak

11 pagi esok istiadat angkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah

IPOH, 23 Rabiulakhir 1442H, Rabu – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah memberi perkenan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Abd Rahim Mohamad Nor berkata berpandukan Perkara XVI, Fasal 2 (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, pada pertimbangan Sultan Nazrin, Saarani boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar ADUN.

“Baginda menetapkan 11 pagi esok untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,” katanya menerusi satu kenyataan yang dibacakan Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button