Berita Utama

2,234 kes baharu, tertinggi pernah direkodkan

Selangor catat 1,428 kes termasuk saringan kontak rapat, kluster sedia ada

KUALA LUMPUR, 24 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Kes baharu jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini melonjak kepada empat angka kepada 2,234 kes dan yang tertinggi sepanjang pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan baharu itu menjadikan kes kumulatif COVID -19 kini, sebanyak 78,499 kes dengan kes aktif meningkat kepada 11,867 kes.

Dr Noor Hisham menjelaskan Negeri Selangor terus melaporkan kes harian tertinggi dengan 1,428 kes membabitkan 1,321 kes yang dikesan hasil saringan kontak rapat dan kluster sedia ada.

Beliau berkata, negeri itu dijangka akan kekal tinggi susulan perluasan Program Saringan Pekerja Warga Asing oleh Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso) dan tindakan proaktif majikan di kawasan Lembah Klang.

“Kebanyakan kes negeri ini melibatkan kluster berkaitan tempat kerja terutamanya Kluster Seruling dengan 842 kes dan Kluster Hentian (315 kes),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button