Berita UtamaPendapat

Bilangan kuil dengan jumlah penduduk sangat tak wajar

Rumah ibadat perlu dibina di kawasan majoriti penganut agama berkenaan

TAHNIAH buat Menteri Besar Kedah atas ketegasan dalam mempertahankan hak kepada yang berhak.

Lanjutan artikel saya sebelum ini mengenai lambakan kuil Hindu di seluruh negara, kecuali, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, di mana keadilan sudah diberikan kepada bukan Islam lebih daripada sepatutnya.

Tidak timbul langsung sebarang diskriminasi atau penganiayaan.

Pembinaan kuil-kuil di semua negeri-negeri yang saya sebutkan memang sudah tidak terkawal.

Kuil-kuil dibina sesuka hati dalam tanah yang bukan menjadi miliknya.

Bilangan kuil berbanding dengan jumlah penduduk adalah sangat tidak wajar

Kedah misalnya, jumlah penduduk dalam lingkungan 2.2 juta. Melayu 79.9 peratus, Cina 12.3 peratus, India 6.7 peratus, lain-lain 1 peratus.

Daripada hanya 6.7 peratus kaum India, yang lebih kurang 147,000 orang, tidak semua pula beragama Hindu (mungkin lingkungan 5 peratus sahaja), mengapa kuil mereka terlalu banyak di kawasan atau tanah yang bukan menjadi miliknya dan dibiarkan berleluasa?

Apabila kuil itu dirobohkan, mereka minta ganti baharu.

Bila sudah diganti, tidak juga mahu pindah, seperti yang berlaku di Subang Jaya, yang melibatkan kematian Allahyarham Adib.

Kita jadi hairan, penduduk terlampau sedikit, tetapi rumah ibadat melambak-lambak.

Saya mohon kerajaan negeri Kedah melakukan kajian terperinci mengenai nisbah kuil dengan penduduk beragama Hindu, juga di negeri-negeri lain.

Saya bersama kumpulan bersedia untuk melakukan kajian tersebut.

Berikut saya petik komposisi penduduk India di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Rakyat (DUN,) mengikut sumber rakan saya Iskandar Hasan Tan (2020).

Komposisi Pengundi Mengikut Etnik Negeri Kedah Pilihan Raya Umum 2018

  DUN

Peratus (%)

    Melayu Cina India Lain-lain
  N1 Ayer Hangat 95 1 3 1
  N2 Kuah 86 12 2 1
  N3 Kota Seputih 92 7 0 1
  N4 Ayer Hitam 91 7 0 2
  N5 Bukit Kayu Hitam 89 7 2 2
  N6 Jitra 84 10 5 1
  N7 Kuala Nerang 97 2 1 0
  N8  Pedu 87 1 0 1
  N9 Bukit Lada 90 7 2 1
  N10 Bukit Pinang 93 5 1 1
  N11 Derga 60 35 4 1
  N12 Suka Menanti 74 22 4 0
  N13 Kota Darul Aman 33 60 7 1
  N14 Alor Mengkudu 77 20 3 0
  N15 Anak Bukit 89 10 1 0
  N16 Kubang Rotan 72 26 1 0
  N17 Pengkalan Kundor 76 23 1 0
  N18 Tokai Melayu 91 8 0 1
  N19 Sungai Tiang 86 2 1 10
  N20 Sungai Limau 94 6 0 0
  N21 Guar Cempedak 89 10 1 0
  N22 Gurun 59 24 16 1
  N23 Belantek 93 2 0 5
  N24 Jeneri 93 1 0 6
  N25 Bukit Selambau 59 17 23 1
  N26 Tanjong Dawai 81 12 6 1
  N27 Pantai Merdeka 92 6 2 0
  N28 Bakar Arang 47 39 14 0
  N29 Sidam 44 35 20 1
  N30 Bayu 93 4 1 2
  N31 Kupang 92 3 0 1
  N32 Kuala Ketil 81 6 13 1
  N33 Merbau Pulas 75 8 17 0
  N34 Lunas 49 28 23 0
  N35 Kulim 62 21 17 0
  N36 Bandar Baharu 79 14 7 0

 

Parlimen

Peratus (%)

Melayu Cina India Lain-Lain
P4 Langkawi 91 7 1 1
P5 Jerlun 91 7 0 2
P6 Kubang Pasu 87 9 2 2
P7 Padang Terap 92 2 0 6
P8 Pokok Sena 82 16 1 1
P9 Alor Setar 64 32 4 0
P10 Kuala Kedah 78 20 1 1
P11 Pendang 89 5 1 5
P12 Jerai 80 14 6 0
P13 Sik 93 2 0 5
P14 Merbok 69 15 15 1
P15 Sungai Petani 61 27 11 1
P16 Baling 89 4 5 2
P17 Padang Serai 59 20 21 0
P18 Kulim Bandar Baharu 69 18 13 0

Sumber: https://undi.info/

Parlimen di Kedah semua bermajoriti Melayu.

Cuma empat DUN sahaja diduduki bangsa Melayu bawah 50 peratus iaitu DUN Kota Darul Aman, DUN Bakar arang, DUN Sidam dan DUN Lunas.

Keempat-empat DUN ini adalah kawasan majoriti Cina, kedua terbanyak bukan Melayu.

Jadi dimanakah wajarnya kuil Hindu dibina tanpa kebenaran kerajaan negeri selain Kedah Selatan?

Hal ini disebabkan Kedah Utara dan Tengah penduduk India kurang dari 5 peratus.

Bukan untuk mempertahankan kerajaan negeri pimpinan PAS, tetapi rumah ibadat perlu dibina di kawasan yang majoriti penduduknya menganut agama tersebut dan perlu mendapat kebenaran kerajaan negeri yang memerintah. (Iskandar Hasan Tan, 2020)

Tahniah atas ketegasan MB Kedah dalam melaksanakan tugas sebagai ketua kerajaan negeri.

Tidak timbul langsung hak kepada bukan Islam (Hindu) tidak diberikan.

Jangan dilayan sangat MIC itu. Kalau undilah yang menjadi perkiraan, berapa sangat bilangan undi yang disumbangkan?

Keadilan telah diberikan lebih daripada kewajaran.

Jika tidak diberikan kerusi, di mana MIC mahu bertanding dalam PRU 15 akan datang?

Apakah MIC memang boleh menang jika mahu bertanding di bawah BN tanpa sokongan PAS?

Berapa pula kerusi yang akan diberikan oleh UMNO kepada MIC untuk kawasan yang mereka tidak ada langsung majoriti?

Sebab itu, jangan bongkak dan mempertikaikan keadilan yang telah diberikan tidak ada tolok banding.

Pada hemat saya, semua pemberian (terutama kuil) sudah terlebih adil.

Di Selangor, Perak dan lain-lain negeri usahlah cerita. Jika tidak percaya, sepanjang perjalanan, buatlah perkiraan. Kira berapa banyak rumah ibadat ini, di tanah milik persendirian atau kerajaan?

Saya berjalan ke Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor.

Terdapat tanah persendirian yang besar, tetapi tidak ada kuil dibina, kecuali di tanah kerajaan. Kerajaan negeri terus biarkan. Mahu apa lagi?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button